NABI YUSUF (ke-sebelas)

 

Nabi Yusuf adalah anak kepada Nabi Ya'kub. Baginda mempunyai sebelas orang saudara. Nabi Yusuf merupakan anak lelaki yang segak dan pintar. Ayahnya sangat sayang kepadanya, lebih daripada saudara-saudaranya yang lain.

Pada suatu malam, Nabi Yusuf bermimpi sesuatu yang ajaib. Baginda melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan, yang tunduk menghormatinya. Nabi Yusuf sungguh hairan. Dia tidak memahami mimpi itu. Bagaimana bintang, bulan dan matahari boleh tunduk menghormati seorang manusia? Nabi Yusuf menceritakan tentang mimpi itu kepada ayahnya.

"Saya telah melihat sebelas buah bintang dan matahari serta bulan; saya melihat sernuanya tunduk
menghormati saya," kata Nabi Yusuf.

Nabi Ya'kub sangat gembira mendengar mimpi itu. "Semoga Allah memberkati kamu wahai Yusuf
kerana kamu akan menerima suatu urusan penting," kata ayahnya.

"Mimpi itu menandakan pemberian ilmu dan pangkat kenabian. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat ke atas datukmu, Nabi Ishak dan Nabi lbrahim. Sesungguhnya Dia memberikan nikmat kepadamu dan ahli keluarga Ya'kub."

Nabi Ya'kub sangat tua ketika itu. Baginda amat mengenali tabiat manusia dan bagaimana syaitan dapat menguasai dan mempermainkan manusia.

"Wahai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpi ini kepada saudara-saudaramu, kerana mereka akan iri hati dan memusuhi kamu pesan ayahnya.

Nabi Yusuf mempunyai seorang saudara yang seibu sebapa bemama Bunyamin. Nabi Ya'kub sangat sayang kepada kedua-duanya melebihi saudara-saudaranya yang lain. Ini membuatkan saudara-saudara yang lain dengki dan marah kepada Nabi Yusuf dan Bunyamin.

"Mengapa ayah kita lebih sayang kepada Yusuf dan Bunyamin?" "Mengapa ayah kita menyayangi Yusuf dan Bunyamin sedangkan mereka berdua itu masih mentah dan lemah?"

"Mengapa dia tidak menyayangi kita seperti mana dia menyayangi Yusuf dan Bunyamin, sedangkan kita adalah pemuda-pemuda yang gagah. Sungguh menghairankan!"

Oleh kerana Nabi Yusuf masih kecil, dia menceritakan mimpi itu kepada abang-abangnya. Mereka
sangat marah dan semakin in hati. Pada suatu hari, saudara-saudara Nabi Yusuf berhimpun dan berbincang sesama mereka.

"Bunuhlah Yusuf atau asingkan dia di suatu tempat yang jauh, dengan cara itu tentulah ayah hanya akan menyayangi kita semua," kata salah seorang daripada mereka.

"Jangan, kita buangkan Yusuf ke dalam perigi di jalan supaya dia diambil oleh orang musafir," cadang salah seorang daripada mereka pula.

Selepas berbincang dan mencapai kata sepakat, mereka pun pergi berjumpa Nabi Ya'kub. Sebenarnya Nabi Ya'kub sangat bimbang mengenai Nabi Yusuf kerana saudara-saudaranya amat dengki dan tidak mengasihinya. Nabi Ya'kub selama ini melarang Nabi Yusuf berjalan-jalan dengan saudara-saudara tirinya. Nabi Yusuf cuma bermain dengan saudara kandungnya, Bunyamin di kawasan-kawasan yang berdekatan.

Saudara-saudara Nabi Yusuf mengetahuinya tetapi mereka tetap berazam untuk melakukan kejahatan.

"Ayah! Mengapa ayah tidak benarkan Yusuf pergi bersama-sama kami? Apakah yang ayah takutkan?" mereka bertanya kepada Nabi Ya'kub.

"Dia adik kami yang mulia dan bongsu, sedangkan kami adalah anak-anak ayah juga. Adik-beradik sentiasa bermain bersama-sama. Mengapa kami tidak boleh berbuat demikian?"

"Benarkanlah dia pergi bersama-sama kami esok, supaya dia dapat bersuka ria makan minum dan
bermain-main dengan bebasnya; kami akan menjaganya dengan baik."

Nabi Ya'kub sudah tua. Baginda seorang yang bijaksana dan lemah-lembut. Baginda tidak suka Nabi Yusuf berada jauh dan sisinya kerana bimbangkan keselamatan anaknya yang masih kecil itu.
"Ayah bimbang dia akan dimakan oleh serigala ketika kamu lalai menjaganya," kata Nabi Ya'kub kepada anak-anaknya itu.

"Tak mungkin! Bagaimana serigala dapat memakannya, sedangkan kami ada? Kami adalah
pemuda-pemuda yang gagah," awab mereka.

Setelah berfikir panjang akhirnya Nabi Ya'kub pun mengizinkan Nabi Yusuf keluar bersama saudara-
saudaranya.

Abang-abang Nabi Yusuf sangat gembira apabila Nabi Ya'kub membenarkan Nabi Yusuf keluar bersama mereka. Apabila sampai di hutan mereka mencampakkan Nabi Yusuf ke dalam sebuah perigi. Mereka tidak menaruh belas kasihan sedikit pun kepada Nabi Yusuf dan Nabi Ya'kub yang sudah tua itu.

Perigi itu amat dalam dan gelap. Nabi Yusuf keseorangan di dalamnya. Akan tetapi Allah menggembirakan Nabi Yusuf dan Dia berfirman:

"Janganlah kamu berasa sedih dan takut. Sesungguhnya Allah berserta kamu dan kamu akan
menerima suatu urusan." "Pada suatu masa nanti, saudara-saudara kamu akan hadir di hadapanmu dan kamu akan memberitahu mereka tentang apa yang telah mereka lakukan."

Saudara-saudara Nabi Yusuf pun berhimpun dan merancang apa yang akan mereka lakukan seterusnya.

"Apakah alasan yang akan kita berikan kepada ayah?" "Bukankah ayah telah berkata yang dia bimbang serigala akan memakan Nabi Yusuf? Beritahulah ayah bahawa kata-katanya itu memang benar," sebahagian daripada mereka memberi pandangan.

Saudara-saudara yang lain bersetuju. "Ya, kita akan katakan kepadanya: Ayah! Nabi Yusuf telah dimakan oleh serigala."

"Apakah tandanya dia telah dimakan?" tanya sebahagian daripada saudara mereka.

"Tandanya ialah darah ini," jawab yang lain sambil menunjuk ke arah seekor kambing. Kambing tersebut disembelih. Mereka mengambil baju Nabi Yusuf dan mencelupnya dengan darah itu.

Saudara-saudara Nabi Yusuf sangat gembira. "Sekarang, pasti ayah akan percayakan kita."
Mereka pun pergi pulang dan berjumpa ayah mereka pada waktu senja sambil berpura-pura menangis.

"Wahai ayah! Kami telah pergi berburu dan kami tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, dan dia dimakan oleh serigala."

Untuk menguatkan dakwaan mereka itu, mereka pun menunjukkan baju Nabi Yusuf yang telah dilumur dengan darah kambing. "Inilah darah Yusuf." kata mereka.

Ayah mereka seorang nabi. Baginda seorang yang lanjut umurnya dan banyak pengalamannya. Beliau lebih bijaksana daripada anak-anaknya. Nabi Ya'kub tahu bahawa apabila serigala memakan seorang manusia, ia akan melukakan badannya dan mencarikkan baju.

Tetapi baju Nabi Yusuf masih elok. Baju itu dilumurkan dengan darah. Nabi Ya'kub tahu bahawa itu
darah palsu. Baginda tahu bahawa kisah serigala itu ialah kisah yang direka-reka oleh anak-anaknya.

"Ayah tidak percaya, kamu hanya mereka-reka cerita. Tetapi ayah akan bersabar," kata Nabi Ya'kub. Nabi Ya'kub berasa amat sedih mengenangkan nasib Nabi Yusuf. Narnun beliau tetap bersabar dan berserah diri kepada Allah s.w.t.

Nabi Yusuf ditinggalkan oleh saudara-saudaranya di dalam perigi. Mereka makan makanan yang
sedap-sedap dan tidur di atas tilam, sedangkan Nabi Yusuf di dalam perigi tanpa tilam dan makanan. Mereka telah lupa kepada Nabi Yusuf dan tidur nyenyak. Tetapi Nabi Yusuf tidak tidur, dia teringatkan ayahnya Nabi Ya'kub. Nabi Yusuf berada di dalam perigi yang amat dalam. Perigi itu pula terletak di dalam hutan yang mengerikan terutama pada waktu malam.

Dengan takdir Allah, sekumpulan orang musafir sedang lalu di pinggir hutan tersebut. Mereka sedang dahaga dan mencari sumber air. Salah seorang daripada mereka ditugaskan untuk mencari air. Dengan takdir Allah s.w.t. orang tersebut temampak sebuah perigi. Dia terus menghampiri perigi tersebut lain diturunkan sebuah timba yang diikat pada seutas tali. Ketika orang
itu menank naik timba dan perigi, dia merasakan timba itu amat berat sekali. Rupa-rupanya bersama timba itu ada seorang budak lelaki. Dia merasa terkejut dan terpegun.

"Oh! Ada seorang budak lelaki!" dia berteriak.

Kumpulan musafir tadi merasa sangat gembira kerana budak itu boleh mereka jual di pasar untuk
mendapatkan wang. Mereka pun menyembunyikan Nabi Yusuf kerana takut baginda akan dirampas oleh orang lain. Mereka pun segera berangkat menuju sebuah pasar di negeri Mesir. Tidak lama kemudian mereka sampai ke pasar tersebut.

"Siapa mahu beli budak ini? Siapa mahu beli budak ini?" kata mereka kepada orang rarnai di situ.
Seorang pembesar Mesir bemama AI-Aziz datang membeli Nabi Yusuf dengan harga beberapa dirham sahaja. Peniaga-peniaga itu menjual Nabi Yusuf tanpa mengenali siapakah Nabi Yusuf sebenarnya.

AI-Aziz membawa Nabi Yusuf ke istananya dan berkata kepada isterinya: "Berikanlah dia layanan yang baik, sesungguhnya dia budak yang cerdik."

Nabi Yusuf pun hidup di dalam istana AI-Aziz hinggalah baginda dewasa. Apabila dewasa Nabi Yusuf mempunyai rupa paras yang sangat tampan dan sesiapa sahaja di kalangan wanita akan terpikat dengannya.

Tetapi Nabi Yusuf sangat sopan dan tidak mudah diperdaya oleh sesiapa.

Pada suatu hari, isteri AI-Aziz yang bemama Zulaikha cuba memujuk Nabi Yusuf melakukan perkara
khianat, tetapi Nabi Yusuf enggan. "Tidak! Saya tidak akan mengkhianati tuan saya. Dia telah berbuat baik terhadap saya serta memuliakan saya. Sesungguhnya saya takut kepada Allah," kata Nabi Yusuf.

Ketika Nabi Yusuf hendak melarikan dirinya, isteri AI-Aziz telah menarik bajunya di belakang hingga koyak. Isteri AI-Aziz berasa sangat marah lain mengadu kepada suaminya. Beliau menuduh Nabi Yusuf cuba mengganggunya. Tetapi AI-Aziz tahu bahawa isterinya berdusta dan dia tahu Nabi'Yusuf benar.

"Awak telah melakukan kesalahan," kata AI-Aziz kepada isterinya. Peristiwa tersebut telah diketahui oleh orang ramai di Mesir dan rarnai kaum wanita yang mencerca perbuatan Zulaikha tersebut. Beliau sangat marah. Pada suatu hari Zulaikha telah mengadakan suatu jarnuan besar-besaran. Beliau menjemput wanita-wanita di negeri tersebut untuk hadir. Beliau menyediakan buah-buahan
dan pisau untuk tetamunya. Sambil mereka memotong buah-buahan tersebut, Zulaikha memerintahkan Nabi Yusuf lalu di dalam dewan tersebut. Wanita-wanita yang sedang memotong buah-buahan tadi terpegun dengan ketampanan Nabi Yusuf.

"Ini bukan seorang manusia. Ini sudah tentu seorang malaikat yang mulia!" kata mereka.

Ada di antara mereka yang terpotong jari mereka kerana terpesona dengan rupa Nabi Yusuf yang tampan itu. Isteri AI-Aziz bertambah marah kepada Nabi Yusuf.

"Kalau begitu, lebih baik engkau masuk ke dalam penjara!" katanya.

"Aku lebih suka tinggal di penjara!" jawab Nabi Yusuf.

AI-Aziz juga berpendapat lebih baik Nabi Yusuf tinggal di penjara walaupun dia tahu Nabi Yusuf tidak bersalah. Nabi Yusuf pun dimasukkan ke penjara. Penghuni penjara tahu bahawa Nabi Yusuf pemuda yang mulia. Mereka tahu Nabi Yusuf memiliki ilmu yang hebat dan berjiwa penyayang. Semua banduan di penjara itu suka kepada Nabi Yusuf dan memuliakannya. Mereka gembira dengan Nabi Yusuf dan menghormatinya.

Pada suatu hari, dua orang lelaki di dalam penjara itu menceritakan tentang mimpi mereka kepada Nabi Yusuf. "Aku bermimpi sedang memerah anggur," kata seorang daripadanya.

"Aku bermimpi menjunjung roti di atas kepalaku yang sebahagiannya dimakan oleh burung," kata seorang lagi.

Lalu mereka meminta Nabi Yusuf menerangkan maksud mimpi itu. Nabi Yusuf mempunyai kelebihan mentafsirkan mimpi.

"Aku rasa masanya sudah tiba sekarang. Mereka berhajatkan sesuatu. Jika aku menyampaikan sesuatu kepada mereka, tentu mereka akan mendengar dan mentaatinya. Aku percaya, jika mereka mendengar, seluruh penghuni penjara akan turut mendengarnya juga," kata Nabi Yusuf di dalam hatinya.

Narnun begitu, Nabi Yusuf tidak terlalu gopoh dalam hal ini." Aku akan beritahu kamu berdua tentang
pengertian mimpi itu sebelum makanan tiba," katanya.

Mereka berdua pun duduk dalam keadaan tenang. "Aku dapat mentafsirkan mimpi. la adalah di
antara perkara-perkara yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku," kata Nabi Yusuf. Kedua-duanya merasa tenang dan gembira. Inilah peluang dan kesempatan yang dinantikan oleh Nabi Yusuf.

Baginda pun memulakan pengajarannya. "Allah tidak mengurniakan ilmu-Nya kepada orang
musyrik.'Tahukah kamu mengapa Tuhanku mengajarku? Sebenarnya aku telah meninggalkan jalan ahli syirik. Aku telah mengikut agama ayah dan datuk nenekku, Nabi lbrahim, Nabi Ishaq dan Nabi Ya'kub. "Kita tidak sepatutnya mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah." "Mentauhidkan Allah bukan hanya untuk kita sahaja tetapi untuk manusia seluruhnya. Mengesakan Allah ialah hasil daripada limpah kumia Allah kepada kita dan manusia lainnya. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."

Nabi Yusuf berhenti di situ dan mengernukakan beberapa soalan kepada kedua-dua lelaki itu.
"Kamu berkata, tuhan bumi, tuhan laut, tuhan rezeki dan tuhan hujan. Bagiku Allah adalah Tuhan
sekalian alam. "Yang manakah lebih baik, menyembah Tuhan yang satu atau tuhan yang banyak?
"Di manakah tuhan bumi, tuhan laut, tuhan rezeki dan tuhan hujan? Tunjukkanlah kepadaku apa yang
telah mereka ciptakan di bumi ini? Adakah mereka berkongsi dengan Allah dalam mencipta dan
menguruskan langit?" "Lihatlah bumi dan langit serta manusia. Sernuanya ini adalah ciptaan Allah; cuba tunjukkan kepadaku apakah yang telah diciptakan oleh tuhan-tuhan selain daripada-Nya?"

"Apakah sebenarnya tuhan bumi, tuhan laut, tuhan rezeki dan tuhan hujan? Sernuanya ini hanyalah
beberapa nama yang kamu dan datuk nenek kamu berikan. Allah Pemilik dan Penguasa alam ini."
"Janganlah kamu menyembah selain daripada Allah kerana itulah agama yang betul. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya."

Setelah selesai memberikan pengajarannya itu, Nabi Yusuf pun memberitahu kedua-dua lelaki itu
tentang tafsir mimpi mereka. "Salah seorang daripada kamu akan memberikan minuman arak kepada tuannya. Manakala yang seorang lagi akan disalib, dan burung memakan sebahagian dari kepalanya. Itulah keputusan tentang perkara yang kamu berdua bertanya," kata Nabi Yusuf.

"Beritahulah mengenai aku kepada tuanmu," kata Nabi Yusuf kepada lelaki yang pertama. Tidak lama kemudian kedua-dua lelaki tadi dibebaskan daripada penjara. Lelaki yang pertama menjadi pelayan minuman raja dan yang seorang lagi dihukum salib.

Pelayan minuman itu terlupa untuk memberitahu raja mengenai Nabi Yusuf. Dengan itu tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara beberapa tahun lagi.

Pada suatu malam raja Mesir bermimpi sesuatu yang aneh. Beliau menceritakan mimpinya kepada
pengiring-pengiringnya: "Beta bermimpi melihat tujuh ekor lembu betina yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu betina yang kurus dan beta juga melihat tujuh butir gandum yang hijau dan tujuh butir gandum yang kering. Terangkanlah kepada beta tentang ta'bir mimpi ini?"

"Mimpi ini tidak mempunyai apa-apa makna. Orang yang tidur melihat banyak perkara yang tiada kaitan dengannya,"jawab mereka.

"Tidak, patik akan memberitahu tuanku tentang tafsir mimpi itu," sampuk pelayan minuman yang
kebetulan pada masa itu mendengar perbualan raja tersebut.

Tanpa berlengah-lengah lagi, pelayan itu pun bergegas ke penjara. Dia bertanya kepada Nabi Yusuf
tentang tafsir mimpi raja Mesir itu. Nabi Yusuf seorang yang .pemurah dan baik hati. Baginda sangat sayang kepada makhiuk Allah s.w.t. Sebab itu, baginda memberitahu pelayan itu tentang tafsir mimpi raja Mesir tersebut.

"Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh selama tujuh tahun berturut-turut; dan simpanlah apa yang kamu kutip itu pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit daripadanya untuk kamu jadikan makanan," kata Nabi Yusuf.

"Selepas itu kamu akan mengalami kemarau yang dahsyat selama tujuh tahun. Ketika itu kamu akan
menghabiskan makanan yang ada dan sedikit daripadanya dijadikan benih."

"Selepas itu hujan akan turun. Tanaman menjadi subur dan rakyat akan memperolehi hasil yang
lumayan."

Setelah mendengar tafsir mimpi itu, pelayan minuman itu pun pergi dan memberitahu raja.

Apabila raja mendengar tafsir mimpi itu serta cara melaksanakannya, dia merasa sangat gembira.

"Siapakah yang memberikan tafsir ini? Siapakah lelaki mulia yang telah memberikan nasihat kepada kami serta menunjukkan cara melaksanakannya?" tanya raja.

"ltulah Yusuf. Beliaulah yang telah memberitahu bahawa patik akan menjadi pelayan minuman kepada tuanku;" jawab pelayan minuman.

Raja terlalu ingin untuk berjumpa dengan Nabi Yusuf. Dia memerintahkan agar Nabi Yusuf dibawa
mengadapnya.

"Bawalah Yusuf kepadaku, beta mahu dia berkhidmat dengan beta," perintah raja.

Utusan raja pergi menemui Nabi Yusuf. "Raja memanggil kamu!" kata utusan itu kepada Nabi Yusuf.

Nabi Yusuf tidak mahu keluar daripada penjara dengan cara begitu sahaja. Sebabnya, tentu orang rarnai akan berkata: "Inilah Yusuf! Inilah orang yang semalamnya berada dalam penjara kerana mengkhianati tuannya."

Sekiranya orang lain yang berada di dalam penjara serta datang pula utusan raja kepadanya dengan berkata: "Sesungguhnya raja memanggil kamu dan menanti kedatanganmu," pasti orang itu akan keluar segera dari penjara.

Tetapi Nabi Yusuf tidak terburu-terburu berbuat demikian. Sebaliknya baginda berkata: "Saya mahu
masalah saya disiasat dan dikaji terlebih dahulu." Raja pun bertanya mengenai masalah Nabi Yusuf
dan membuat penyiasatan. Akhirnya mereka mendapati Nabi Yusuf tidak bersalah dan berita ini juga telah diketahui oleh orang rarnai.

Akhirnya Nabi Yusuf pun dibebaskan sebagai orang yang tidak bersalah sebaliknya dipandang mulia oleh raja sendiri.

Nabi Yusuf tahu sifat amanah sangat kurang dikalangan pembesar-pembesar atau menteri-menteri di negeri Mesir pada waktu itu. Kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. telah disia-siakan dan terbuang begitu saja. Rakyat jelata hidup dalam kelaparan sedangkan kaum kerabat mereka hidup dalam kemewahan. Rumah-rumah mereka dihias dengan cantik sedangkan rakyat memerlukan pakaian.

Nabi Yusuf seorang yang bijaksana lagi amanah. Baginda tidak mahu membiarkan golongan yang kaya ini memakan harta benda rakyat. Baginda tidak tahan melihat rakyat di negeri tersebut lapar dan mati kebuluran. Nabi Yusuf tidak malu untuk menyatakan kebenaran. Oleh yang demikian dia berkata kepada raja: "Jadikanlah saya pentadbir perbendaharaan hasil bumi Mesir. Sesungguhnya saya bersedia menjaganya dengan baik serta mengetahui cara mentadbirkannya."

Begitulah caranya Nabi Yusuf menjadi orang yang diamanahkan menjaga hasil bumi Mesir. Rakyat jelata merasa senang hati dan mereka memuji Allah s.w.t. Mimpi raja dahulu menjadi kenyataan. Negeri Mesir dan negeri-negeri disekitarnya mengalami kemarau panjang yang menyebabkan kekurangan makanan.

Nabi Ya'kub serta penduduk negeri Syam mendapat tahu bahawa di Mesir ada seorang menteri yang bersifat belas kasihan serta pemurah dan beliau mentadbir hasil pengeluaran negeri tersebut.

Nabi Ya'kub mengutuskan anak-anaknya ke Mesir dengan membawa harta yang ada pada mereka supaya ditukarkan dengan makanan. Bunyamin tidak ikut serta tetapi beliau tinggal bersama-sama bapanya. Nabi Ya'kub tidak mahu berjauhan daripada Bunyamin. Baginda bimbang sekiranya apa yang berlaku kepada Nabi Yusuf akan berlaku kepada Bunyamin pula. Akhirnya saudara-saudara Nabi Yusuf berjumpa semula dengan Nabi Yusuf, tetapi mereka tidak menyedari bahawa beliau adalah saudara mereka. Mereka tidak menyedari inilah Nabi Yusuf yang telah dicampakkan ke dalam perigi. Mereka menyangka Nabi Yusuf telah mati.

Nabi Yusuf dengan serta merta mengenali mereka, sedangkan mereka tidak mengenalinya. Nabi Yusuf tahu bahawa inilah orang-orang yang telah mencampakkan-nya ke dalam perigi ketika baginda masih kanak-kanak lagi. Merekalah orang yang ingin membunuhnya, tetapi Allah s.w.t. telah memeliharanya. Narnun begitu Nabi Yusuf tidak memberitahu mereka dan tidak mendedahkan kesalahan mereka. Nabi Yusuf berbual-bual dengan mereka.

"Kamu semua datang dari mana?" tanya Nabi Yusuf. "Dari negeri Kan'an," mereka menjawab. "Siapa ayah kamu?" Nabi Yusuf bertanya lagi. "Ya'kub bin Ishak bin lbrahim,' jawab mereka.

"Adakah kamu mempunyai saudara yang lain?" tanya Nabi Yusuf seterusnya.
"Ya, namanya Bunyamin," mereka menjawab.
"Mengapa dia tidak datang bersama kamu?"
"Kerana ayah kami tidak melepaskannya dan tidak suka berjauhan daripadanya."
"Kenapa ayah kamu tidak mahu melepaskannya; adakah dia seorang kanak-kanak yang kecil?" tanya Nabi Yusuf.
"Tidak, tetapi Bunyamin mempunyai saudara kandung bernama Yusuf yang keluar bersama kami pada suatu ketika dahulu. Kemudian kami pergi berlumba-lumba dan meninggalkan Yusuf. Akhirnya dia dimakan oleh serigala."
Nabi Yusuf ketawa dalam hatinya mendengar jawapan itu, tetapi baginda tidak berkata apa-apa. Nabi Yusuf sangat rindu kepada ayah dan ibu serta saudaranya Bunyamin.

Nabi Yusuf kemudian memerintahkan supaya makanan dibekalkan kepada mereka. Kemudian baginda berkata, "Suatu hari nanti bawalah saudara kamu, Bunyamin ke mari. Kalau kamu tidak membawanya kepadaku, nescaya tiada hak lagi bagi kamu untuk mendapat bekalan makanan daripadaku."

Kemudian Nabi Yusuf memerintahkan supaya harta yang mereka bawa dikembalikan. Saudara-saudara Nabi Yusuf itu pun kembali dan menceritakan apa yang berlaku. Mereka berkata kepada Nabi Ya'kub: "Hantarkanlah Bunyamin bersama kami, kalau tidak pasti kami tidak akan mendapat layanan baik daripada pembesar Mesir itu."

Mereka meminta kebenaran untuk membawa Bunyamin bersama.
"Sesungguhnya kami akan menjaganya," kata mereka.

"Bolehkan aku mempercayai kamu untuk menjaganya sebagaimana aku telah mempercayai kamu
untuk menjaga Yusuf dulu, lalu kamu hampakan kepercayaanku. Adakah kamu sudah lupa kepada
peristiwa Yusuf? Adakah kamu hendak menjaga Bunyamin seperti kamu telah menjaga Yusuf? Allah
jualah sebaik-baik penjaga dan Dia jualah Yang Maha Mengasihani," kata Nabi Ya'kub kepada anak-anaknya.

"Sesungguhnya pembesar Mesir itu orang yang pemurah. Dia telah mengembalikan harta kami dan tidak mengambil bayaran sedikit pun daripada kami. Oleh itu izinkanlah Bunyamin pergi bersama kami, kami pasti akan mendapatkan haknya juga," kata mereka lagi.

"Aku tidak akan melepaskannya bersama kamu sehingga kamu berjanji dengan Allah bahawa kamu akan pulang dengan Bunyamin, melainkan kalau kamu dikalahkan oleh musuh."

Mereka pun berjanji dengan nama Allah s.w.t. "Allah jualah yang menjadi saksi atas segala apa
yang kita katakan itu," kata Nabi Ya'kub.

"Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk negeri Mesir begitu sahaja, tetapi masukilah melalui
beberapa buah pintu yang berlainan." Tidak beberapa lama kemudian tibalah masanya untuk saudara-saudara Nabi Yusuf pergi ke Mesir bagi mendapatkan bekalan makanan. Setelah beberapa hari perjalanan, sampailah mereka di tempat yang dituju. Saudara-saudara Nabi Yusuf masuk melalui pintu-pintu berlainan seperti yang disuruh oleh ayah mereka, lalu mereka pun sampai kepada Nabi Yusuf. Apabila Nabi Yusuf melihat Bunyamin, baginda merasa sangat gembira. Nabi Yusuf mengajak Bunyamin tinggal di rumahnya.

"Sesungguhnya aku saudaramu," kata Nabi Yusuf kepada Bunyamin. Mendengar kata-kata Nabi Yusuf itu, Bunyamin berasa sungguh terkejut bercampur gembira. Baginda bertanya tentang ibu dan ayahnya serta tentang rumah dan zaman kanak-kanaknya. Nabi Yusuf mahu supaya Bunyamin tinggal bersamanya. Dengan itu baginda dapat melihatnya setiap hari dan berbual dengannya serta
bertanya mengenai kampung halamannya. Tetapi bagaimana caranya hendak menahan Bunyamin sedangkan dia akan pulang ke Kan'an pada esok harinya? Tambahan pula saudara-saudaranya itu
telah berjanji dengan Allah s.w.t. bahawa mereka akan pulang dengan Bunyamin. Bagaimana Nabi Yusuf boleh menahan Bunyamin tanpa alasan yang kukuh?

Orang rarnai tentu akan berkata: "Pembesar itu telah menahan seorang rakyat Kan'an tanpa sebab yang munasabah. Sesungguhnya itu suatu kezaliman yang besar." Tetapi Nabi Yusuf seorang yang pandai dan bijak. Raja Mesir mempunyai sebuah bejana yang berharga. Beliau selalu minum air daripada bejana itu. Nabi Yusuf meletakkan bejana minuman itu ke dalam tempat simpanan barang-barang Bunyamin. Setelah kafilah saudara-saudara Nabi Yusuf mulai bertolak untuk
meninggalkan Mesir, tiba-tiba kedengaran suara daripada orang-orang istana.

"Kamu pencuri!" teriak seorang dari istana raja. Saudara-saudara Nabi Yusuf terkejut lain
berpaling. "Apakah yang telah kami curi?" tanya mereka. "Kami kehilangan bejana raja, dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi makanan sebanyak muatan seekor unta," kata salah seorang daripada orang istana raja.

"Demi Allah! Sesungguhnya kamu tahu bahawa kedatangan kami bukan untuk berbuat kerosakan di
bumi Mesir ini, dan kami pula bukan pencuri." Kemudian mereka bertanya: "Apakah balasan bagi pencuri itu, jika kami berdusta?"

"Sesiapa yang didapati menyembunyikan bejana itu di dalam karungnya dia akan ditahan sebagai balasan perbuatannya." Askar-askar raja mula memeriksa karung-karung mereka, kemudian mengeluarkan bejana itu dari karung Bunyamin. Mereka berasa malu melihat kejadian itu.
"Kalau Bunyamin yang mencuri maka tidak peliklah, kerana saudara kandungnya juga pernah
mencuri dahulu," kata mereka tanpa segan silu. Nabi Yusuf mendengar kata-kata dusta yang
menyinggung perasaan itu tetapi baginda diam dan tidak menunjukkan kemarahannya.
Mereka teringat janji yang telah mereka buat dengan ayah mereka. Salah seorang daripada mereka
merayu kepada Nabi Yusuf:

"Wahai menteri! Sesungguhnya dia mempunyai ayah yang sudah tua lagi berpangkat. Oleh itu ambillah salah seorang di antara kami sebagai gantinya. Sesungguhnya kami menganggapmu sebagai seorang yang baik budi " rayu saudara-saudara Nabi Yusuf. "Kami berlindung dengan Allah daripada menahan sesiapa pun kecuali orang yang kami jumpai barang kami padanya. Kalau kami lakukan yang sedemikian nescaya jadilah kami orang yang zaiim," balas Nabi Yusuf.

Walaupun dipujuk oleh saudara-saudaranya, Nabi Yusuf tetap tidak melepaskan Bunyamin. Akhirnya Bunyamin tinggal bersama-sama Nabi Yusuf. Mereka gembira sekali kerana telah sekian lama tidak berjumpa. Saudara-saudara Nabi Yusuf berasa serba salah dan bingung untuk pulang menernui ayah mereka. Mereka cuba memikirkan apa yang hendak dikatakan kepada ayah mereka. Mereka telah mengecewakannya dahulu mengenai Nabi Yusuf kini Bunyamin pula.

Saudara yang sulung enggan balik menernui ayahnya NabiYa'kub.
"Kembalilah kamu kepada ayah kamu dan katakanlah: Wahai ayah, sesungguhnya Bunyamin telah
mencuri, dan kami tidak menjadi saksi terhadapnya melainkan apa yang kami ketahui, dan kami tidak dapat menjaga perkara yang ghaib," katanya kepada saudara-saudaranya yang lain.

Apabila Nabi Ya'kub mendengar kisah itu, baginda dapat memahaminya bahawa Allah s.w.t. telah
mengaturkan peristiwa penahanan Bunyamin itu dan Allah s.w.t. hendak menguji kesabarannya. Dahulu baginda sedih dan dukacita kerana kehilangan Nabi Yusuf, dan kini baginda kehilangan Bunyamin pula. Baginda yakin Allah s.w.t. sebenarnya tidak bertujuan menghampakannya dengan kehilangan dua orang anaknya itu, tetapi Allah s.w.t. mempunyai perencanaan-Nya yang halus. Sesungguhnya terdapat hikmat yang tersembunyi dalam kejadian ini. Allah s.w.t. sentiasa
menguji hamba-Nya, kemudian Dia akan menggembirakannya dan memberikan nikmat kepadanya.

Tambahan pula anaknya yang sulung juga tinggal di Mesir dan enggan pulang ke Kan'an. Adakah baginda akan berasa kecewa dengan kehilangan anaknya yang ketiga sedangkan baginda telah dihampakan dengan kehilangan dua orang anak sebelum ini? Sesungguhnya perkara seperti ini tidak akan berlaku. Setelah merenungkan hal yang demikian Nabi Ya'kub pun berasa tenang semula lain berkata: "Mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku."

Walau bagaimanapun, Nabi Ya'kub masih terkenangkan Nabi Yusuf. "Sedihnya, aku mengenang nasib Yusuf," kata Nabi Ya'kub kepada anak-anaknya. "Ayah masih lagi mengenangkan Nabi Yusuf
sehingga ayah jatuh sakit dan menjadi buta," tegur anak-anaknya itu.

"Sesungguhnya aku mengadukan kesusahan dan dukacitaku hanya kepada Allah, dan aku mengetahui dengan wahyu Allah apa yang kamu tidak tahu," jawab NabiYa'kub.

Nabi Ya'kub sedar bahawa berputus asa adalah kufur, oleh itu baginda hanya menggantungkan
harapannya kepada Allah s.w.t. Nabi Ya'kub kemudian mengutuskan anak-anaknya ke Mesir. Baginda menyuruh mereka berusaha mendapatkan berita mengenai nasib Nabi Yusuf dan
Bunyamin. Nabi Ya'kub meminta mereka supaya jangan berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t. Maka saudara-saudara Nabi Yusuf pun berangkat ke Mesir bagi kali ketiganya.

Setibanya di Mesir mereka pun mengadap Nabi Yusuf. Mereka mengadu kepapaan dan kesusahan
mereka kepada Nabi Yusuf. Mereka merayu agar baginda menyumbangkan sesuatu kepada mereka. Nabi Yusuf berasa sangat kasihan dan tidak dapat menahan perasaan sedihnya. Baginda berkata di dalam hatinya: "Inilah anak-anak Ya'kub dan anak keturunan para nabi, datang mengadu kepapaan dan kesusahan mereka kepadaku. Sampai bila aku harus menyembunyikan perkara yang sebenarnya? Sampai bila aku harus membiarkan keadaan yang menyedihkan ini berlarutan?
Sampai bila aku harus berpisah dengan ayahku?" Berbagai persoalan bermain di hatinya. Nabi Yusuf tidak dapat memendarnkan perasaannya lagi lain berkata: "Tahukah kamu betapa buruknya apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan adiknya semasa kamu masih jahil?"

Mendengar kata-kata Nabi Yusuf itu saudara-saudaranya berasa hairan kerana apa yang telah
mereka lakukan itu adalah rahsia. Tidak ada seorang pun yang mengetahui kecuali mereka dan Nabi Yusuf. Oleh itu mereka mulai sedar bahawa pembesar Mesir itu ialah saudara mereka, Yusuf.

Maha Suci Allah! Adakah Yusuf masih hidup? Bukankah dia telah mati dalam perigi? Sungguh tidak diduga! Betulkah Yusuf sudah menjadi pembesar Mesir? Diakah yang menjadi pentadbir hasil pengeluaran Mesir? Diakah yang telah memberikan rnuatan makanan kepada mereka? Berbagai-bagai soalan terlintas di hati mereka. Oleh itu tiada lagi keraguan dalam hati mereka bahawa pembesar yang bercakap dengan mereka itu sebenarnya adalah saudara mereka, Yusuf.

"Adakah kamu ini sebenarnya Yusuf?" tanya mereka dengan penuh hairan.
"Akulah Yusuf dan inilah adikku, Bunyamin.

Sesungguhnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, nescaya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan," jawab Nabi Yusuf.

"Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan kamu daripada kami, dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah," balas saudara-saudara Nabi Yusuf.

"Semoga Allah mengampuni kamu semua di atas perbuatan kamu semua dahulu, kerana Dialah Tuhan Yatig Maha Mengasihani," kata Nabi Yusuf lagi.

Nabi Yusuf sangat rindu untuk bertemu dengan ayahnya Nabi Ya'kub. Setelah sekian lama tidak
bertemu. Sekarang dia tidak perlu lagi bersabar menanggung rasa rindu kerana rahsianya sudah
terdedah dan Allah mahu menenangkan hati Nabi Ya'kub. Selama perpisahannya dengan Nabi Yusuf, matanya kabur kerana terlalu banyak menangis dan menanggung kesedihan.

"Pulanglah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkanlah pada muka ayahku nescaya dia akan dapat melihat semula, dan bawalah keluarga kamu ke sini bertemuku," kata Nabi Yusuf kepada saudara-saudaranya.

Ketika kafilah saudara-saudara Nabi Yusuf menuju ke Kan'an, Nabi Ya'kub sudah dapat mencium bau anaknya Nabi Yusuf yang dikasihinya itu. "Sesungguhnya aku tercium bau Yusuf," kata Nabi
Ya'kub. "Kamu ini masih berada dalam keadaan tidak siuman disebabkan perkara yang silam," kata salah seorang kaum kerabatnya.

Tidak lama kemudian utusan yang membawa baju Nabi Yusuf itu tiba. Diletakkan baju tersebut pada muka Nabi Ya'kub. Dengan takdir Allah s.w.t. baginda pun dapat melihat semula seperti sedia kala.
"Bukankah aku telah berkata kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui melalui wahyu Allah, apa yang kamu tidak tahu!" kata Nabi Ya'kub.

"Wahai ayah, maafkanlah segala dosa yang telah kami lakukan, mohonkanlah kepada Allah. Kamu tahu kamilah yang bersalah," rayu saudara-saudara Nabi Yusuf.

"Aku akan memohon kepada Allah untuk kamu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani," balas Nabi Ya'kub.

Apabila Nabi Ya'kub dan keluarganya sampai ke Mesir, Nabi Yusuf pun segera menyambut serta memeluk kedua-dua orang tuanya. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya mereka di saat itu. Peristiwa hari itu disaksikan oleh orang ramai di Mesir. Hari tersebut merupakan hari yang berbahagia dan penuh berkat. Nabi Yusuf mempersilakan kedua-dua ibu dan ayahnya duduk
di atas singgahsana kebesaran. Saudara-saudara Nabi Yusuf dan kedua orang tuanya tunduk sebagai tanda hormat kepada baginda.

"Wahai ayahku! Inilah tafsir mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah menjadikan mimpiku itu benar. Aku telah bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk
menghormatiku," kata Nabi Yusuf.

Sebelas bintang itu melambangkan sebelas orang saudara tiri Nabi Yusuf. Matahari dan bulan Itu pula melambangkan ibu dan ayahnya. Nabi Yusuf pun terus memuji Allah s.w.t. Lidah baginda tidak henti-henti, memuji-Nya. Baginda amat bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas nikmat yang dikurniakan-Nya. Nabi Ya'kub dan keluarga kemudiannya tinggal di Mesir. Nabi Ya'kub dan isterinya wafat di sana.

Walaupun Nabi Yusuf mempunyai kuasa yang besar di Mesir narnun baginda tetap mengingati Allah
s.w.t. Pangkat yang besar tidak pernah mengubah sikap Nabi Yusuf daripada sentiasa mengingati Allah s.w.t., memperhambakan diri dan takut kepada-Nya. Nabi Yusuf memerintah berlandaskan hukum Allah dan baginda melaksanakan segala perintah-Nya. Nabi Yusuf tidak menganggap kuasa pemerintahan sebagai sesuatu yang besar atau hebat. Bahkan baginda tidak suka mati sebagaimana matinya para raja. Baginda tidak suka digolongkan di kalangan para raja, sebaliknya
digolongkan di kalangan hamba Allah serta dihimpunkan bersama orang-orang yang salih.

Sebab itu Nabi Yusuf selalu berdoa seperti di dalam surah Yusuf ayat 101 yang bermaksud:
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan kepadaku sebahagian daripada kuasa pemerintahan dan mengajarku sebahagian daripada ilmu mentafsir mimpi. Wahai Tuhan Pencipta langit dan bumi, Engkau pelindungku di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah ajalku dalam keadaan Islam dan hubungkanlah aku dengan orang-orang yang salih."

Nabi Yusuf telah diwafatkan oleh Allah s.w.t. dalam usia hampir 120 tahun.

-TAMAT-