Nabi Ya'kub
adalah anak kepada Nabi Ishak. Nabi Ya'kub mempunyai empat orang
isteri. Baginda
dikurniakan 12 orang anak dan tinggal di sebuah kawasan yang
bernama Kan'an. Nabi Ya'kub hidup sebagai seorang petani dan
memelihara binatang ternak.
Setelah beberapa lama tinggal di Kan'an baginda berpindah ke
Palestin. Di sinilah baginda menerima wahyu daripada Allah
s.w.t. dan dilantik menjadi rasul-Nya.
Nabi Ya'kub juga terkenal sebagai seorang nabi yang sering
berjalan pada waktu malam dan berehat pada waktu siang. Ramai
daripada keturunan baginda dipilih oleh Allah s.w.t. untuk
menjadi nabi dan rasul yang memimpin Bani Israil. Di antara
anak-anak baginda yang paling disayanginya adalah Nabi Yusuf.
Pada suatu hari Nabi Yusuf menemui ayahnya. "Wahai ayah,
saya bermimpi melihat sebelas buah
bintang, matahari dan bulan; saya lihat sernuanya sujud
kepadaku," kata Nabi Yusuf.
"Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada
saudara-saudaramu kerana mereka akan merancang sesuatu untuk
menganiaya kamu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata
bagi manusia," kata Nabi Ya'kub.
Nabi Yusuf ketika itu masih kecil. Baginda telah menceritakan
mimpinya kepada abang-abangnya. Setelah mendapat tahu tentang
mimpi Nabi Yusuf tersebut mereka merancang untuk membunuh Nabi
Yusuf.
Saudara-saudara tun Nabi Yusuf telah menipu ayah mereka dan
mereka telah mencampakkan Nabi Yusuf ke dalam sebuah pengi lama
dengan harapan baginda akan mati di situ.
Dengan takdir Allah s.w.t. Nabi Yusuf telah diselamatkan oleh
beberapa orang musafir dan baginda
telah dijual kepada seorang yang kaya. Setelah dewasa, baginda
dilantik menjadi menteri di negeri Mesir. Pada suatu masa
kemarau yang panjang telah melanda Mesir dan negeri di
sekitarnya, tetapi Mesir mempunyai banyak simpanan makanan.
Bermula daripada peristiwa inilah Nabi Ya'kub dapat bertemu
kembali dengan anaknya yang sangat dikasihinya setelah berpisah
berpuluh-puluh tahun. Kemudian Nabi Ya'kub sekeluarga berpindah
dan menetap di Mesir. Ketika Nabi Ya'kub hampir wafat, baginda
telah bertanya anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah
sepeninggalanku?"
"Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu,
lbrahim, Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan Yang Maha Esa, dan kami
hanya tunduk serta patuh kepada-Nya," jawab anak-anaknya.
Setelah itu wafatlah Nabi Ya'kub di negeri Mesir dan usia
baginda-ketika itu hampir 150 tahun.
-TAMAT-
|