NABI NUH (ketiga)

Nabi Nuh adalah seorang lelaki yang saleh. Baginda memiliki peribadi yang mulia. Allah telah memilih baginda untuk menyampaikan risalah-Nya. Allah berfirman kepadanya, " Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya."

Nabi Nuh memang dikenali oleh kaumnya. Setelah baginda menerima perintah Allah s.w.t ini, baginda pun pergi menemui kaumnya.

"Aku ini adalah rasul yang amanah yang diutuskan oleh Allah kepada kamu." kata Nabi Nuh.

Orang ramai yang berada ditempat tersebut terus berdiri dan melihat baginda dengan wajah yang kehairanan.

"Bilakah orang ini menjadi rasul? Semalam dia seorang laki-laki biasa dari kalangan kita, kini dia mengaku dia sebagai utusan Allah!" kata mereka.

"Dia ini selalu bermain bersama-sama kami semasa kecil. Bila pula dia diangkat menjadi rasul?" kata salah seorang kawan Nabi Nuh pula.

"Mengapakah dia yang dipilih oleh allah. Apakah sudah tidak ada orang lain lagi di dunia ini?" kata orang-orang kaya dan para pembesar negara.

"Orang in bukan Nabi. Dia hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu juga. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dari kalangan datuk nenek kami yangtelah lalu," kata orang-orang jahil pula.

"Sebenarnya Nabi Nuh inign menjadi ketua dan inginkan pangkat kemulian dengan cara ini," kata pembesar-pembesar yang kafir itu lagi.

Orang-orang kafir menyangka bahawa menyembah berhala adalah ibadat yang sebenarnya. Mereka menganggap orang yang tidak menyembah berhala sebagai orang sesat dan bodoh.

"Datuk nenek kami telah menyembah berhala ini. Mengapa pula orang ini tidak menyembahnya?" kata mereka.

Nabi Nuh sedar bahawa menyembah berhala adalah perbuatan yang bodoh dan sesat. Beliau tahu bahawa kaumnya dan nenek moyang mereka dahulu jahil dan sesat.

"Wahai kaumku! Sembahlah Allah. Sebenarnya tiada Tuhan selain Allah. Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab seksa pada Hari Kiamat." tegas Nabi Nuh dengan lantang.

"Sesungguhnya kami menganggap kamu berada dalam kesesatan yang nyata," kata para pembesar kaumnnya lagi.

"Wahai kaumku! Aku bukanlah sesat, tetapi aku sebenarnya utusan daripada Tuhan yang mentadbir alam semesta ini. Aku akan menyampaikan perutusan Tuhanku dan memberi nasihat serta peringatan kepada kamu. Aku mengetahui perkara yang kamu tidak tahu melalui wahyu daripada Allah s.w.t," kata Nabi Nuh cuba menjelaskan kepada kaunnya.

Nabi Nuh berusaha bersungguh-sungguh menyeru kaumnya beriman kepada Allah, menyembah-Nya dan meninggalkan penyembahan berhala. Hanya beberapa orang sahaja yang mahu beriman dengannya. Mereka ini terdiri daripada beberapa orang miskin yangbekerja dengan titik peluh mereka sendiri dan memakan makanan yang halal.

Orang-orang kaya dikalangan kaumnya enggan mentaati Nabi Nuh disebabkan kesombongan mereka. Harta kekayaan dan anak pinak telah melalaikan dan membuat mereka merasakan kehidupan ini hanyalah di dunia ini sahaja.

"Kami adalah orang yang berpangkat mulia, sedangkan mereka adalah golongan rendah dan hina," kata orang-orang kaya itu.

Apabila Nabi Nuh menyeru dan berdakwah kepada mereka supaya kembali kepada Allah, mereka membuat berbagai dalih.

"Patutkan kami beriman dengan kamu sedangkan yang mengikut kamu cuma orang yang miskin dan hina pekerjaannya?"

Mereka meminta Nabi Nuh menghalau golongan yang miskin ini. Tetapi Nabi Nuh enggan berbuat demikian.

"Aku tidak akan menghalau orang-orang yangberiman daripda bercampur gaul denganku. Pintu rumahku bukan seperti pintu istana raja. Aku ini hanyalah rasul, pemberi amaran yang jelas dan nyata kepada semua manusia, tidak kira hina atau mulia," katanya.

Nabi Nuh sedar bahawa golongan yang miskin itulah golongan yang benar-benar beriman lagi ikhlas hatinya. Menghalau golongan miskin merupakan perbuatan yang dimurkai Allah. Sekiranya beliau berbuat begitu pasti tidak ada seorang pun yang akan menolongnya.

"Wahai kaumku! Siapakah yang akan melindungiku daripada kemurkaan Allah jika aku menghalau mereka?" katanya lagi.

"Seruan Nuh ini tidak benar dan tidak baik," kata golongan yang kaya.

"Kenapa?" tanya Nabi Nuh.

"Kerana selama ini kamilah yang mula-mula sekali mencapai apa jua kebaikan. Kami mempunyai makanan yang paling baik dan pakaian yang paling cantik. Semua manusia meniru kami dalam setiap urusan. Kami menganggap bahawa kebaikan tidak akan luput dan meninggalkan kami. Oleh itu kalau agama Nuh ini benar, kami yang memperolehnya sebelum golongan miskin itu. Kalaulah agama ini baik, tentulah kami yang mempercayainya terlebih dulu kerana kamilah yang sepatutnya mula-mula sekali menerima segala kebaikan," kata mereka dengan sombong sekali.

"Wahai kaumku!" Sesungguhnya aku diutuskan kepada kamu untuk memberi peringatan dan amaran yang nyata. Sembahlah Allah dan bertakwalah kepada-Nya, serta taatlah kemu kepadaku. Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan kammu akan dihindarkan daripada azab hingga suatu masa tertentu. Sesungguhnya ajal yang telah ditetapkan oleh Allah itu tidak dapat ditangguh walau sesaat pun. Sekiranya kamu tahu hakikat ini tentulah kamu akan segera beriman," Nabi Nuh menyeru kaumnya bersungguh-sungguh.

Disebabkan kekufuran mereka, Allah telah menahan air hujan daripada turun ke bumi. Allah murka terhadap mereka. Hasi ltanaman dan zuriat keturunan mereka pun berkurangan.

"Wahai kaumku! Sekiranya kamu beriman, nescaya Allah akan meredai kamu dan menghilangkan penderitaan kamu. Allah akan menurunkan hujan dan memberkati rezeki serta keturunan kamu," Nabi Nuh terus berdakwah.

"Tidakkah kamu mengenal Allah? Apa yang ada di sekeliling kamu menunjukkan tanda-tanda kewujudan dan kekuasaan Allah. Tidakkah kamu melihatnya? Tidakkah kamu melihat langit dan bumi, matahari serta bulan? Siapakah yang telah menjadikan langit? Siapakah yang telah menjadikan bulan bercahaya dan matahari bagai lampu yang bersinar? Siapakah yang telah menjadikan bumi tebentang luas bagai hamparan untuk kamu?"

Malangnya kaum Nabi Nuh masih tidak mahu mengerti. Mereka tidak mahu beriman. Bahkan apabila Nabi Nuh menyeru mereka, mereka menutup telinga dengan jari-jari mereka.

Bagaimana hendak memahamkan orang yang tidak mahu mendengar? Bagaimana hendak memberitahu orang yang sengaja tidak mahu mendengar?

Nabi Nuh tetap tekun menjalankan dakwahnya selama beratus-ratus tahun. Beliau hidup selama sembilan ratus lima puluh tahun. Walaupun beliau berdakwah kepada kaumnya dalam masa yang panjang, namun kaumnya tetap tidak mahu beriman.

Mereka terus menyembah berhala. Mereka tidak bertaubat kepada Allah. Sampai bila Nabi Nuh harus menunggu, sedangkan kaumnya masih melakukan kemungkaran diatas muka bumi? Selama manakah beliau harus bertahan melihat berhala disembah? Mereka memakan rezeki Allah tetapi menyembah tuhan yang lain.

Baginda telah bersabar dengan kesabaran yang tidak terdaya oleh sesiapa pun! Sembilan ratus lima puluh tahun! Kemudian Allah berfirman kepadanya, "Sesungguhnya kaummu tidak akan beriman lagi kecuali mereka yang telah beriman sebelum ini."

Nabi Nuh cuba menyeru kepada kaumnya sekali lagi, tetapi baginda tetap mendapat tentangan daripada kaumnya.

"Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah banyak membantah kami dan kamu telah banyak berdebat dengan kami. Oleh itu lebih baik engkau datangkan azab Allah yang engkau telah janjikan kepada kami, jika sekiranya engkua orang yang benar," cabar kaumnya.

Nabi Nuh sangat marah mendengar kenagkuhan mereka itu dan baginda tidak mengharp mereka akan berubah menjadi baik lagi.

"Ya Allah! Janganlah engkau biarkan orang kafir itu hidup di atas muka bumi in, walaupun seorang pun!" doa Nabi Nuh.

Allah s.w.t telah memperkenankan doa Nabi Nuh itu dan memerintahkan baginda membina sebuah kapal yang besar. Nabi Nuh pun mula membina kapal tersebut.

Kaum Nabi Nuh yang kafir melihat beliau sibuk membina kapal itu. Mereka pun mengambil peluang untuk menyindir dan memperolokankannya.

"Apakah ini, wahai Nuh? Bilakah engkau menjadi tukang kayu? Bukankah kami telah berkata kepada engkau, jangan bercampur gaul dengan golongan yang hina ini, tetapi engkau enggan mendengar nasihat kami. Engkau terus bergaul dengan tukang-tukang kayu dan besi sehingga engkau juga menjadi seperti mereka!" ejek kaum Nabi Nuh.

"Dimanakah kapal ini akan berlayar, wahai Nuh? Perbuatan engkau ini sungguh menghairankan. Adakah kapal ini hendak belayar di atas pasir atau naik ke atas bukit? Lautan sangat jauh dari sini. Adakah jin akan memikulnya atau adakah kerbau akan menariknya?"

Nabi Nuh mendengar segala sindiran dan ejekan mereak itu dengan sabar. Baginda juga telah melalui berbagai peristiwa yang lebih teruk daripada itu namun bagfinda tetap bersabar. Kadang-kadang baginda membalas ejekan mereka dengan berkata, "Jika kamu memperolokan aku, maka aku juga akan memperolokan kamu."

Setelah siap kapal yang dibina oleh Nabi Nuh dan orang-orang yang beriman, Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi Nuh, "Muatkanlah ke dalam bahtera itu sepasang binatang daripada setiap jenis dan keluargamu kecuali orang yang telah ada ketetapan terhadapnya, dan muatkanlah pula orang-orang yang beriman."

Nabi Nuh menurut perintah Allah s.w.t. Bersama dengan baginda di dalam bahtera tersebut ialah orang-orang yang beriman daripada kaumnya. Di dalannya juga terdapat satu pasang daripada setiap janies haiwan dan burung.

Setelah Nabi Nuh bersedia, Allah s.w.t. memerintahkan langit untuk menurunkan hujan dan angin pula bertiup dengan kencang. Air daripada bumi keluar dan memenuhi kawasan tersebut dan akhirnya menjadi seperti lautan yang luas. Yang kelihatan hanyalah puncak-puncak bukit dan gunung. Orang-orang kafir yang kuat memanjat tempat tesebut dengan harapan mereka tidak akan tenggelam. Sementara yang lemah semuanya mati lemas. Bahtera pun berlayar di tengah-tengah lautan. Semasa belayar bahtera tersebut sentiasa dipukul ombak besar.

Di dalam keadaan yang kelam kabut itu Nabi Nuh ternampah anaknya sedang berdiri di salah satu puncak bukit.

"Wahai anakku, marilah naik kapal ini bersamaku dan janganlah engkau mengikut orang-orang kafir itu!" jerit Nabi Nuh kepada anaknya.

"Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang akan menyelamatkan aku daripada banjir ini," jawab anaknya.

"Pada hari ini tidak ada lagi tempat berlindung daripada bencana Allah kecuali orang yang disayangi-Nya," kata Nabi Nuh lagi.

Tiba-tiba datang ombak besar. Ombak itu memisahkan Nabi Nuh dan anaknya yang derhaka itu. Akhirnya anak yang derhaka itu mati lemas. Nabi Nuh sangat sedih mengenangkan nasib malang anaknya dan orang-orang yang kafir. Orang kafir tidak termasuk dalam ahli keluarga seorang nabi walaupun dia anakya sendiri. Allah s.w.t. mengingatkan
Nabi Nuh tentang perkara itu dengan berfirman: "Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukan daripada ahli keluarga engkau. Perbuatannya tidak baik. Oleh itu janganlah kamu minta kepada-Ku sesuatu yang engkau tidak tahu. Aku memberi peringatan kepada kamu agar kamu tidak menjadi orang yang tidak berpengetahuan."

Nabi Nuh menerima peringatan Allah dan terus bertaubat kepada-Nya. "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada meminta sesuatu yang aku tidak tahu. Jika Engkau tidak mengampuni dan mengasihaniku tentu aku jadi orang yang rugi," Nabi Nuh berdoa kepada Allah.

Apabila kehendak Allah telah terlaksana dan orang-orang kafir telah ditenggelamkan, hujan pun berhenti. Langit menjadi cerah semula dan banjir pun surut. Bahtera Nabi Nuh tersadai di atas sebuah gunung
bernama Judi.

Allah s.w.t. berfirman: "Binasalah orang-orang yang zalim!"

Kemudian Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Nuh: "Turunlah ke darat dengan selamat." Nabi Nuh dan seluruh penghuni bahtera pun turun
dan berjalan di atas bumi dengan keadaan selamat. Allah memberkati keturunan Nabi Nuh. Mereka tinggal di merata-rata tempat di bumi ini. Terdapat banyak bangsa dan para raja serta para nabi daripada kalangan mereka.

Selamat sejahtera kepada Nabi Nuh serta penghuni alam ini!

-TAMAT-