NABI ISMAIL (ke-lapan)

 

Nabi Ismail adalah anak Nabi lbrahim. lbunya bernama Siti Hajar. Siti Hajar diberikan kepada Nabi
lbrahim semasa beliau masih kanak-kanak lagi oleh raja Mesir. Setelah Siti Hajar dewasa Nabi lbrahim mengahwininya. Nabi lbrahim mempunyai seorang isteri lagi yang bemama Siti Sarah. Beliau adalah isteri tua baginda. Sejak berkahwin dengan Nabi lbrahim beliau belum dikurniakan seorang anak pun.

Siti Sarah sangat cemburu terhadap Siti Hajar kerana setelah Siti Hajar berkahwin dengan Nabi
lbrahim beliau telah dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Ismail. Siti Sarah telah memujuk suaminya untuk memindahkan Siti Hajar serta anaknya jauh daripadanya. Setelah berfikir panjang Nabi lbrahim pun bersetuju dengan cadangan Siti Sarah. Allah s.w.t. telah mengilhamkan kepada Nabi lbrahim supaya Siti Hajar dan anaknya Ismail dibawa ke suatu tempat bemama Makkah.

Pada hari yang telah dirancangkan, Nabi lbrahim, Siti Hajar serta anaknya Ismail berangkatlah menuju tempat tersebut. Setelah berjalan berhari-hari mereka pun sampai di Makkah. Makkah pada waktu itu tidak ada tumbuh-tumbuhan dan pokok, tidak ada mata air dan sungai serta binatang dan manusia. Setelah berehat, tibalah masanya untuk Nabi lbrahim meninggalkan isteri dan anaknya Ismail.

"Wahai lbrahim, kepada siapakah engkau akan meninggalkan kami?" tanya Siti Hajar.
Baginda menoleh dengan menitiskan air mata lalu berkata: "Aku meninggalkan engkau berdua kepada Allah."

Siti Hajar menundukkan kepalanya serta mengesat air matanya dan berkata: " Kalau begitu Allah tidak akan mensia-siakan kami, kembalilah ke Palestin, nescaya Allah akan menjaga kami dan menjaga engkau."

Tinggallah Siti Hajar dengan anaknya Ismail. Apabila mereka berasa sangat haus, Siti Hajar pun
meninggalkan bayinya sambil berjalan dengan cepat ke sana ke mari di antara dua tempat tinggi yang bernama Safa dan Marwa sebanyak tujuh kali, narnun beliau tidak menernui suatu pun mata air. Siti Hajar keletihan. Ismail yang ditinggalkan ibunya terus menangis dengan kuat. Kemudian Siti Hajar mendekati bayinya dan duduk di sampingnya. Ismail menangis semakin kuat sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.

Tiba-tiba terpancarlah air yang bening dan dingin dari tanah yang dihentak-hentak oleh kaki Ismail itu. Siti Hajar segera memberikan air tersebut kepada bayinya dan beliau sendiri dapat minum sehingga hilanglah dahaga. Siti Hajar memasukkan tangannya ke dalam air sambil berkata: "Zim, zim."

Jadilah ia mata air yang tidak habis-habis keluar airnya yang hingga kini dikenali sebagai Telaga Zamzam. Telaga ini telah menarik banyak burung untuk singgah. Burung-burung ini menjadi tanda kepada kafilah-kafilah yang lalu di kawasan tersebut bahawa terdapat air di situ. Mereka mula berhenti di telaga zamzam untuk minum dan beristirahat. Lama-kelamaan kawasan tersebut menjadi satu tempat persinggahan tetap kafilah-kafilah ini. Akhirnya mereka meminta izin daripada Siti Hajar untuk terus menetap di situ lalu jadilah kawasan tersebut sebuah perkampungan yang
subur dan makmur. Ismail pun telah besar dan dihormati kaumnya.

Dari semasa ke semasa Nabi lbrahim datang melihat isteri dan anaknya. Baginda sangat gembira
dengan perubahan yang berlaku di kawasan tersebut dan sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang telah diberikan-Nya selama ini.

Setelah dewasa Nabi Ismail mengahwini seorang perempuan. Pada suatu hari ketika Nabi Ismail keluar berburu, Nabi lbrahim sampai di rumah anaknya. Isterinya tidak mengenali siapa Nabi lbrahim. Nabi lbrahim bertanya menantunya bagaimanakah keadaan mereka.

"Kami berada di dalam kesulitan dan kesempitan," kata isteri Nabi Ismail. "Apakah kamu mempunyai makanan dan minuman?" tanya Nabi lbrahim.

"Aku tidak punya apa-apa," jawab isteri Nabi Ismail lagi.

Daripada perbualan tersebut Nabi lbrahim mengetahui bahawa menantunya ini tidak reda dengan
pemberian Allah s.w.t. Baginda pun berpesan kepada menantunya: "Jika suamimu balik sampaikan salamku kepadanya. Dan beritahu padanya agar merubah ambang pintunya."

Tidak lama selepas Nabi lbrahim pulang, Nabi Ismail pun tiba. Isterinya menceritakan apa yang telah berlaku. Daripada kata-kata isterinya itu baginda mendapat gambaran bahawa orang yang datang itu adalah ayahnya. Baginda memahami maksud kata-kata ayahnya, lalu baginda menceraikan isterinya itu dan menghantar pulang kepada keluarganya.

Tidak lama kemudian Nabi Ismail berkahwin dengan seorang perempuan lain. Sekali lagi ketika Nabi lbrahim datang Nabi Ismail tidak ada di rumah. Nabi lbrahim bertanya soalan yang sama kepada menantunya vang baru. Tetapi kali ini baginda mendapati bahawa menantunya seorang yang reda dengan keadaan yang Allah s.w.t. telah berikan. Baginda telah dilayan dengan penuh sopan oleh menantunya. Sebelum pulang Nabi lbrahim berkata: "Jika suamimu pulang, sampaikanlah salamku kepadanya dan katakanlah kepadanya agar dia meneguhkan ambang pintunya."

Sekembalinya Nabi Ismail ke rumahnya, isterinya menceritakan apa yang telah berlaku. Nabi Ismail
berkata: "Dia adalah ayahku. Dia menyuruh aku menjagamu dan tidak menceraikanmu."

Nabi Ismail dan isterinya ini pun tinggal bersama-sama sehingga baginda wafat dan mereka mempunyai ramai anak.

-TAMAT-