Nabi Idris
adalah daripada keturunan anak Nabi Adam. Baginda banyak
mempelajari ilmu agama dengan Nabi Adam yang bernama
"Syits" semasa baginda masih kanak-kanak.
Setelah
dewasa Allah s.w.t. telah memilihnya untuk menyeru manusia
yang telah sesat dan meninggalkan ajaran yang telah dibawa
oleh Nabi Adam. Allah s.w.t telah menurunkan 30 sahifah
kepada Nabi Idris yang mengandungi ajaran daripada Nya
untuk disampaikan kepada umatnya. Umatnya berasal daripada
keturunan Qabil.
Baginda
sangat berani dan gagah didalam menjalankan tugas dakwah
yang diamanahkan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Baginda
digelar "Asadul Usud" yang bermaksud "Singa
daripada segala singa". Diantara ilmu-ilmu yang
baginda miliki ialah menunggang kuda, ilmu bintang,
berhitung, menggunting pakaian dan menjahit. Nabi Idris
sangat disanjungi oleh Allah s.w.t. seperti didalam
firman-Nya didalam surah Al-Anbiya' ayat 85 yang
bermaksud:
"Ingatlah
kisah-kisah Ismail, Idris dan Zulkifli; masing-masing
termasuk golongan orang-orang yang sabar."
-TAMAT-
|