NABI IBRAHIM (ke-enam)

 

Ayah Nabi lbrahim bernama Azar. Beliau seorang peniaga dan pembuat patung untuk dijadikan berhala. Di bandar tempat tinggal Nabi lbrahim terdapat sebuah kuil yang besar. Terdapat banyak berhala di dalamnya. Ramai penduduk bandar tersebut yang mengunjungi kuli tersebut setiap hari untuk menyembah dan menyatakan hajat mereka kepada berhala-berhala tersebut. Negeri tersebut diperintah oleh Raja Namrud yang zalim.

Sewaktu kecil Nabi lbrahim sering memerhati orang ramai yang berkumpul untuk menyembah berhala-berhala tersebut. Baginda sangat hairan melihat perbuatan orang-orang itu kerana yang mereka sembah itu merupakan patung yang diperbuat daripada batu. Sudah pastilah batu-batu tersebut tidak dapat berbuat apa-apa untuk orang-orang yang menyembahnya.

Pada suatu hari Nabi lbrahim terlihat seekor lalat hinggap di atas salah sebuah berhala itu tetapi ia tidak dapat menghalaunya. Baginda pernah melihat seekor tikus makan makanan yang disediakan untuk berhala itu tetapi berhala itu tidak berbuat apa-apa. Kenapa mereka
sujud kepada berhala? Kenapa mereka meminta kepada berhala? Inilah persoalan yang sering bermain di dalam fikirannya.

Pada suatu hari Nabi lbrahim telah meluahkan perasaan yang selama ini terpendam di dalam hati kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ayah menyembah berhala-berhala ini? Mengapa ayah sujud kepada berhala-berhala ini? Mengapa ayah meminta kepada berhala-berhala ini?" tanya lbrahim kepada bapanya.

"Berhala-berhala ini tidak dapat berkata-kata dan tidak mendengar! Berhala-berhala ini tidak boleh memberikan mudarat dan tidak boleh memberikan manfaat! Kenapa ayah letakkan makanan dan minuman
di hadapan berhala-berhala ini? Ayah, berhala-berhala ini tidak makan dan tidak minum!" katanya lagi.

Azar sangat marah mendengar kata-kata anaknya itu.

"Aku akan pecahkan berhala-berhala itu apabila orang-ramai tiada. Ketika itu barulah mereka faham" kata Nabi lbrahim kepada dirinya sendiri.

Nabi lbrahim mula merancang dan mencari suatu hari yang sesuai untuk memecahkan berhala-berhala tersebut. Nabi lbrahim mendapati bahawa penduduk- penduduk bandar tersebut akan menyambut suatu
perayaan tidak lama lagi dan mereka akan berkumpul di suatu tempat jauh daripada kuil tersebut. Baginda berasa inilah peluang yang ditunggu-tunggu selama ini. Hari perayaan pun tiba. Penduduk - penduduk bandar, lelaki, perempuan dan juga kanak-kanak berduyun-duyun keluar untuk berkumpul dan bersuka ria di kawasan yang telah di tetapkan. Ayah Nabi lbrahim turut merayakan hari tersebut.

"Mahukah engkau keluar bersama-sama kami?" tanya bapanya.

"Saya rasa saya tidak sihat!"jawab Nabi lbrahim.

Semua orang sudah keluar. Tinggallah Nabi lbrahim seorang diri di dalam rumah berhala yang besar itu. Baginda menghampiri berhala-berhala itu. "Mengapa kamu tidak berkata-kata? Mengapa
kamu tidak mendengar? Ini makanan dan minuman! Mengapa kamu tidak minum?" tanya Nabi lbrahim.

Berhala-berhala itu diam sahaja. la hanya batu-batu yang tidak boleh bercakap. "Mengapa kamu tidak menjawab?" tanya Nabi lbrahim lagi.

Berhala-berhala itu terus diam. Nabi lbrahim naik marah lalu dia mengambil sebilah kapak dan memukul berhala-berhala itu sehingga pecah berkecai. Nabi lbrahim tidak memecahkan berhala yang paling besar. Sebaliknya baginda menggantungkan kapak tersebut pada berhala yang paling besar itu.

Setelah perayaan selesai, orang rarnai masuk kembali ke dalam kuil untuk menyembah berhala-berhala itu, tetapi mereka sangat terkejut
dengan apa yang mereka lihat di hadapan mereka.

"Siapakah yang melakukan perkara ini terhadap tuhan-tuhan kita?" tanya mereka.

Suasana menjadi kelam kabut. Ada yang saling tuduh-menuduh. Akhirnya ada di kalangan mereka yang berkata: "Kami dengar seorang pemuda bernama lbrahim ada menyebut-nyebut tentang tuhan-tuhan kita."

Setelah mereka berunding, Raja Namrud mengarahkan askar - askarnya untuk menangkap Nabi lbrahim dan membawanya mengadap. Baginda berjaya ditangkap dan dibawa ke hadapan Raja Namrud.

"Hai lbrahim! Engkaukah yang melakukan perkara ini terhadap tuhan-tuhan kami?" tanya Raja Namrud. "Yang melakukannya tentulah berhala yang paling besar di antara berhala-berhala ini. Tanyalah mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata," jawab Nabi lbrahim dengan tegas.

Orang rarnai terpegun seketika dengan jawapan Nabi lbrahim itu, kerana mereka sendiri tahu bahawa berhala tersebut tidak dapat menjawab.

"Engkau tahu bahawa patung berhala tidak boleh berkata-kata," kata mereka kepada Nabi lbrahim. Nabi lbrahim berkata: "Kalau begitu, mengapa amu menyembah berhala sedangkan berhala itu tidak
berkuasa mendatangkan mudarat dan memberi manfaat? Mengapa kamu meminta-minta kepada berhala sedangkan berhala itu tidak boleh berkata dan tidak boleh mendengar? Apakah kamu tidak memahami dan berfikir?"

Orang ramai pun diam dan berasa sangat main. "Apakah yang harus kita buat?" tanya orang ramai yang sedang berhimpun. "lbrahim telah memecahkan berhala dan menghina tuhan-tuhan kita!" "Apakah hukuman terhadap lbrahim? Apakah balasan yang setimpal terhadap lbrahim?" tanya mereka lagi.

"Bakar dia dan belalah tuhan-tuhan kamu!" kata Raja Namrud. Mendengar perintah Raja Namrud, orang ramai yang sedang marah itu keluar dan mengumpul kayu untuk dijadikan bahan bakar Nabi lbrahim nanti. Setelah siap mereka pun menyalakan api dan mencampakkan lbrahim ke dalam api itu. Walau bagaimanapun, Allah menolong Nabi
lbrahim dan Dia berfirman kepada api: "Wahai api, jadilah sejuk serta selamat untuk lbrahim."

Apabila api telah padam, Nabi lbrahim keluar dari tempat yang pembakaran tadi tanpa sedikit pun kesan terbakar. Orang ramai yang melihat peristiwa itu terpegun dan tidak dapat berkata apa-apa.

Pada suatu malam, Nabi lbrahim ternampak bintang di langit. "Inilah tuhanku," katanya. Tetapi bintang itu lenyap daripada pandangannya. "Tidak! Ini bukan tuhanku!"

Kemudian Nabi lbrahim melihat bulan. "Ini tuhanku." Namun bulan itu pun turut lenyap daripada pandangannya. "Tidak! Ini bukan tuhanku!"
Kemudian matahari terbit. "Inilah tuhanku kerana ia paling besar."
Narnun, matahari akhirnya terbenam dan hilang daripada pandangannya pada waktu malam. "Tidak! Ini bukan tuhanku."
"Sesungguhnya Tuhan hidup dan tidak mati." "Sesungguhnya Tuhan kekal dan tidak lenyap." "Sesungguhnya Tuhan kuat dan tidak dikalahkan oleh sesuatu pun."

"Bintang itu lemah, ditewaskanoleh waktu subuh." "Bulan itu lemah, dikalahkan oleh matahari." "Dan matahari juga lemah, ditewaskan oleh waktu malam dan ditewaskan juga oleh awan serta kabus."

"Bulan tidak dapat menolongku kerana ia lemah. Matahari tidak dapat menolongku kerana ia juga lemah. Hanya Allah yang dapat menolongku, kerana Allah hidup dan tidak mati. Allah kekal dan tidak binasa. Allah kuat dan tidak dikalahkan oleh sesuatu pun." Kini Nabi lbrahim faham bahawa Tuhannya ialah Allah. Allah hidup dan tidak mati. Allah kekal dan tidak lenyap. Allah gagah dan tidak boleh ditewaskan oleh sesuatu pun.

Nabi lbrahim tahu bahawa Allah, Tuhan kepada bintang! Allah, Tuhan kepada bulan! Allah, Tuhan kepada matahari! Allah, Tuhan sekalian alam! Allah s.w.t. telah memberi petunjuk kepada Nabi lbrahim dan melantik baginda menjadi nabi dan rasul-Nya. Nabi lbrahim berdakwah dan menyeru kaumnya supaya kembali kepada Allah dan mencegah mereka daripada menyembah berhala. Di mana sahaja Nabi lbrahim bertemu orang-orang yang menyembah berhala baginda akan menasihati mereka.

"Apakah yang kamu sembah?" tanya Nabi lbrahim kepada kaumnya.
"Kami menyembah berhala," jawab mereka. "Adakah berhala itu mendengar apabila kamu meminta? Bolehkah berhala memberikan kebaikan atau mendatangkan kecelakaan kepada kamu?" kata Nabi
lbrahim lagi.

"Sebenarnya nenek moyang kami dahulu telah melakukan perbuatan ini," jawab kaumnya. "Aku tidak menyembah berhala ini. Malah aku
adalah musuh kepada berhala ini. Aku menyembah Tuhan sekalian alam," Nabi lbrahim memberi hujah kembali. "Tuhan yang menciptakan aku dan Dialah yang memberikan hidayah kepadaku. Dialah Tuhan yang mematikan dan menghidupkan aku. Sesungguhnya berhala tidak menjadikan aku dan tidak memimpin aku. Berhala tidak boleh memberi makan dan minum kepada sesiapa pun." "Apabila seseorang jatuh sakit, berhala tidak dapat menyembuhkannya. Berhala juga tidak berkuasa mematikan dan menghidupkan seseorang."

Raja Namrud berasa marah dan memerintahkan supaya Nabi lbrahim dibawa mengadapnya kerana dia benci dengan dakwah yang dilakukan oleh baginda terhadap rakyatnya. Nabi lbrahim datang tetapi baginda tidak gentar atau takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah s.w.t. Apabila berhadapan dengan Raja Namrud baginda
disoal.

"Siapakah Tuhan engkau, wahai lbrahim?" tanya Raja. "Tuhanku ialah Allah!"jawab Nabi lbrahim. "Siapakah Tuhan yang bernama Allah ini, wahai lbrahim?" tanya Raja Namrud lagi. "Allah ialah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan," balas Nabi lbrahim. Kemudian Namrud memanggil seorang tawanan dan membunuhnya. Sesudah itu Namrud memanggil seorang tawanan lain dan dibiarkannya hidup.
"Beta menghidupkan dan mematikan. Beta membunuh dan membiarkan orang hidup," kata Raja dengan angkuh.

"Sesungguhnya Allah berkuasa menerbitkan matahari dari sebelah timur," kata Nabi lbrahim. Raja Namrud pun tercengang lain diam membisu. Dia merasa main dan tidak dapat berhujah balik.

Pada suatu hari Nabi lbrahim bertemu dengan ayahnya. Baginda berusaha untuk meyakinkan ayahnya tentang Allah s.w.t.

"Wahai ayah, kenapa ayah menyembah benda yang tidak boleh mendengar dan melihat? Kenapa ayah menyembah benda yang tidak boleh memberikan manfaat dan tidak mendatangkan mudarat?" kata Nabi lbrahim kepada ayahnya.

"Ayah, janganlah ayah menyembah syaitan! Sembahlah Tuhan Yang Maha Pemurah!" "Aku akan pukul engkau, tinggalkan aku dan jangan berkata apa-apa lagi," marah ayahnya. "Saya akan pergi dan sini dan berdoa kepada Tuhan saya." Nabi lbrahim merasa sangat hampa. 

Seruan baginda hanya dapat menarik hati beberapa orang sahaja
dan di antara mereka ialah Nabi Lut yang ditugaskan oleh Allah menyeru penduduk-penduduk negeri Sadum. Nabi lbrahim hendak pergi ke negeri yang lain dan mengabdikan diri kepada Tuhannya, serta menyeru manusia kepada Allah. Ketika itu baginda mempunyai
dua orang isteri, yang pertama bernama Siti Sarah dan yang kedua Siti Hajar. Siti Sarah tidak mempunyai anak walaupun telah lama berkahwin dengan Nabi lbrahim. Siti Hajar baru melahirkan anak yang bernama Ismail. Siti Sarah sangat cemburu dengan Siti Hajar kerana setelah Siti Hajar berkahwin dengan Nabi lbrahim beliau telah dikurniakan dengan seorang anak iaitu Nabi Ismail. Siti Sarah telah memujuk suaminya untuk memindahkan Siti Hajar serta anaknya jauh
daripadanya. Allah s.w.t. telah memerintahkan baginda membawa Siti Hajar dan anaknya Ismail ke Makkah.

Pada hari yang telah dirancangkan mereka pun berangkatlah menuju. Makkah. Setelah berjalan berhari-hari mereka pun sampai di Makkah. Pada waktu itu tidak ada tumbuh-tumbuhan dan pokok, tidak ada mata air dan sungai serta binatang dan manusia. Setelah berehat dan menyiapkan sedikit keperluan isteri dan anaknya, tibalah masanya untuk Nabi lbrahim pulang ke tempat asalnya untuk meneruskan tugas dakwahnya.

"Wahai lbrahim, kepada siapakah engkau akan meninggalkan kami?" tanya Siti Hajar. Baginda menoleh dengan menitiskan air mata lain
berkata: "Aku meninggalkan engkau berdua kepada Allah."

Siti Hajar menundukkan kepala serta mengesat air matanya dan berkata: "Kalau begitu Allah tidak akan mensia-siakan kami, kembalilah ke Palestin, nescaya Allah akan menjaga kami dan menjaga engkau."

Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mensia-siakan hamba-hamba-Nya yang taat. Allah s.w.t. telah mengurniakan Siti Hajar dan anaknya Ismail Telaga Zamzam. Bermula dari saat itu, Makkah telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang hingga menjadi sebuah perkampungan yang subur dan makmur. Dari semasa ke semasa Nabi lbrahim sentiasa datang melihat isteri dan anaknya. Baginda sangat gembira dengan perubahan yang berlaku di kawasan tersebut dan sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. ke atas segala nikmat yang telah diberikan-Nya selama ini.

Pada suatu malam ketika Nabi lbrahim sedang tidur, baginda bermimpi sedang menyembelih Ismail. Nabi lbrahim adalah seorang nabi yang benar. Mimpinya ialah mimpi yang benar. Oleh itu Nabi lbrahim hendak melakukan apa yang disuruh oleh Allah dalam mimpinya. Keesokan harinya Nabi lbrahim memanggil Nabi Ismail:
"Sesungguhnya ayah bermimpi ayah akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu?" tanya Nabi lbrahim.

"Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya-Allah, ayah akan mendapati saya daripada kalangan orang yang sabar," jawab Nabi Ismail dengan tenang.

Nabi lbrahim membawa Ismail bersamanya ke suatu tempat bernama Mina. Baginda pun bersiap sedia untuk menyembelih Nabi Ismail di situ. Baginda membaringkan Nabi Ismail di atas bumi sambil meletakkan pisau pada halkum Nabi Ismail. Sebenarnya Allah s.w.t. ingin menguji sama ada Nabi lbrahim patuh kepada perintah-Nya atau lebih menyayangi anaknya Nabi Ismail. Belum sempat Nabi lbrahim menyembelih Nabi Ismail, tiba-tiba kedengaran suatu suara:
"Sembelihlah yang ini, dan jangan engkau sembelih Ismail!" Suara itu adalah suara malaikat Jibril.

Allah s.w.t. telah mengutuskan Jibril dengan membawa seekor kibas dari syurga. Nabi lbrahim dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran menyembelih kibas yang telah diberikan oleh Jibril sebagai ganti anaknya yang dikasihi itu. Sesudah peristiwa itu, Nabi lbrahim
berangkat pulang dan kemudian baginda kembali semula.

Pada suatu hari Allah s.w.t. memerintahkan Nabi lbrahim membina sebuah bangunan yang akan dijadikan kiblat orang-orang yang beriman. Perintah ini dilaksanakan dengan pertolongan anaknya Nabi Ismail yang kini telah dewasa. Bangunan inilah yang kini dikenali sebagai Kaabah. Setelah selesai mereka berdua berdoa: "Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami amalan kami, sesungguhnya Engkau Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan
tunjukkanlah kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, utuskanlah untuk mereka
seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan hikmah serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Kemudian Nabi lbrahim pulang ke negeri Syam untuk bersama-sama isterinya, Siti Sarah. Pada suatu hari Nabi lbrahim dikunjungi beberapa
orang tetamu. Baginda menyiapkan makanan untuk dihidangkan kepada mereka, iaitu berupakan daging anak sapi yang dipanggang. Tetapi baginda hairan apabila tetamu-tetamunya tidak menyentuh langsung makanan yang terhidang di hadapan mereka. Nabi lbrahim mula berasa takut. "Janganlah kamu takut, sesungguhnya kami adalah
malaikat-malaikat yang diutuskan kepada kaum Lut, " kata tetamu-tetamunya.

Ketika itu Siti Sarah sedang berdiri berhampiran dengan Nabi lbrahim. Malaikat-malaikat tersebut menyampaikan satu berita yang amat menggembirakan, iaitu beliau akan dikurniakan seorang anak.
"Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula? Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat
aneh," kata Siti Sarah.

"Apakah kamu berasa hairan tentang ketetapan Allah? Itu adalah rahmat Allah dan keberkatan-Nya yang dicurahkan atas kamu. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah," kata malaikat-malaikat itu.

Setelah itu Nabi lbrahim berasa tenang dan terus menyoal mereka tentang Nabi Lut. Mereka memberitahu bahawa Nabi Lut dan orang-orang yang beriman akan diselamatkan dan kaum Sadum akan ditimpa azab yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak lama kemudian Siti Sarah pun mengandung. Apabila tiba masanya, beliau pun melahirkan seorang anak lelaki yang beri nama Ishak. Setelah dewasa Nabi lbrahim dan Nabi Ishak membina sebuah masjid yang
dinamakan Masjid AI-Aqsa di suatu tempat bernama Baitui Maqdis. Maka tinggallah Nabi lbrahim di negeri Syam sehinggalah baginda wafat.

-TAMAT-